fbpx

Gegar Vaganza: Banyak perubahan, giliran Aliff Aziz dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliff Aziz.

SHAH ALAM – “Banyak perubahan dan bagus kerana ada peningkatan.”

Demikian komen positif juri tetap All Star Gegar Vaganza (GV10) iaitu Hetty Koes Endang buat penyanyi Aliff Aziz pada minggu ketujuh.

Bagi minggu ketujuh, juara GV kesembilan itu menunjukkan peningkatan membawakan lagu Gerhana Cinta Luka nyanyian asal Iklim.

“Meskipun terlalu nyanyian banyak ditekan tetapi cubaan menyanyikan dengan betul buat saya sudah ‘salute’ (tabik).

“Hati-hati dengan nyanyian ‘sharp’ supaya lebih merdu,” kata Hetty yang lebih mesra disapa Bunda itu.

Minggu lalu, juri tetap Datuk Ramli MS menegaskan persembahan Aliff yang mendendangkan lagu Arjuna milik Dewa pada minggu lalu dikatakan tidak sebati dengan muzik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI