SELEPAS penyanyi Britney Spears mendedahkan pernah menggugurkan kandungannya suatu ketika dahulu, bintang Nicki Minaj juga mengaku turut melakukan perkara serupa.
Menerusi pendedahan yang dibuat, Minaj memberitahu pernah menggugurkan kandungannya pada 2014.
“Saya mahu membuat pengakuan pernah menggugurkan kandungan pada 2014. Saya berani untuk mengaku selepas Britney Spears membuat pendedahan sama,” katanya.
Kata penyanyi rap itu lagi, bayi yang digugurkan adalah anak hasil hubungan bersama seorang lelaki ketika masih di bangku sekolah.
“Anak itu adalah hasil hubungan saya bersama seorang lelaki ketika saya masih bersekolah.
“Saya tekad untuk melakukannya (menggugurkan bayi) kerana masih belum bersedia untuk menjadi seorang ibu,” jelasnya.