PENYANYI antarabangsa Billie Eilish berasa geli hati apabila digosipkan sedang dilamun cinta dengan seorang pencacah tatu bernama David Enth.
Menerusi hantaran yang dikongsikan dalam Instagram, pelantun What Was I Made For itu menjelaskan, status dirinya yang masih lagi solo tanpa kehadiran lelaki.
“Apa semua ini? Saya rasa lucu apabila dikhabarkan sedang bercinta,” ujarnya.
Tambah penyanyi muda itu lagi, gosip yang tersebar dalam portal-portal hiburan mengatakan dia sedang dilamun cinta bersama Enth dianggap sekadar khabar angin, malah menyifatkan perkara tersebut sebagai tidak masuk akal.
“Saya mengenali Enth hanya sebagai rakan dan tidak lebih daripada itu,” katanya.