TAMPIN – Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar bahagian belakang lori yang berhenti di lampu isyarat Pekan Gemencheh, kilometer 25, Jalan Tampin-Gemas, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa, N Suresh, 32, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Amiruddien Sariman, kemalangan membabitkan sebuah lori yang dipandu lelaki berusia 42 tahun, manakala mangsa pula menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC.
“Berdasarkan siasatan awal, kemalangan berlaku semasa pemandu lori yang menghala ke arah Gemas berhenti di lampu isyarat kerana lampu isyarat berwarna merah, tiba tiba telah dilanggar dari arah belakang oleh si mati yang menunggang motorsikal dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Akibat kemalangan itu, penunggang motorsikal mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE