fbpx

Ribut petir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di seluruh negara sehingga pukul 5 petang hari ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, cuaca buruk itu dijangka melanda Kelantan, Terengganu, Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Pahang dan Selangor.

“Turut terlibat iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” jelasnya.

Bagi Sabah, cuaca buruk dijangka melanda Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.

“Dalam pada itu, Sarawak pula membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang,” katanya dalam hantaran sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI