fbpx

Empat dari lima ‘Tawaran Kita Selangor’ dalam masa 100 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika berucap di sidang media Program Jelajah MADANI Bersama Menteri Sumber Manusia Di Negeri Selangor di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai, Taman Gombak Permai, Batu Caves, di sini, hari ini. FOTO oleh M FIRDAUS M JOHARI

GOMBAK – Kerajaan Selangor sudah melunaskan empat daripada lima ‘Tawaran Kita Selangor’ yang dijanjikan dalam tempoh 100 hari pentadbirannya.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, tawaran tersebut meliputi pelancaran Program Mama Kerja bagi meringankan beban kos penjagaan anak-anak, pengecualian cukai pintu untuk rumah kampung dan rumah kos rendah serta menaikkan elaun imam, bilal, siak, dan nazir

Selain itu, seramai 500 petani, pesawah dan nelayan juga telah menerima Insentif Pertanian dan Perikanan Kita Selangor.

“Minggu hadapan, kami akan lunaskan satu lagi janji iaitu pemberian baucar buku kepada mahasiswa di Selangor.

“Kini, kami telah tunaikan empat daripada lima janji. Selebihnya kami akan umumkan pada minggu hadapan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Program Jelajah MADANI Bersama Menteri Sumber Manusia Di Negeri Selangor di Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Wira Damai, Taman Gombak Permai, Batu Caves, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai bajet negeri Selangor yang bakal dibentang 10 November nanti, Amirudin menjanjikan berita baik buat rakyat negeri Selangor.

“Ada beberapa fokus yang kami tekankan, salah satunya adalah menambah insentif melanjutkan pelajaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI