TEMERLOH – Seramai 40,861 daripada 43,126 peneroka Felda di Pahang telah menerima Suratan Hak Milik berbanding hanya 2,265 orang peneroka yang masih belum menerima suratan hak milik setakat ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri akan terus berusaha mempercepatkan pemberian suratan hak milik selaras dengan hasrat kerajaan negeri meningkatkan lagi jumlah pemilikan tanah di negeri ini.
“Jumlah hak milik tanah di negeri ini sehingga kini sebanyak 742,387 pemegang hak milik dan kerajaan negeri telah menyasarkan hak milik tanah akan dapat ditingkatkan kepada sekurang-kurangnya satu juta dalam tempoh empat tahun akan datang.
“Peningkatan ini membolehkan kerajaan negeri dapat meningkatkan kutipan hasil menerusi pembayaran cukai tanah,” katanya di majlis penyerahan Suratan Hak Milik Peneroka Felda Jengka 25 di sini semalam.
Menurut Wan Rosdy, usaha peningkatan hak milik itu memberikan manfaat kepada kerajaan negeri bagi menambahkan hasil cukai berdasarkan bilangan pembayar cukai tahunan.-KOSMO! ONLINE