fbpx

Cabul empat budak, pengajar taekwondo diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang pengajar seni mempertahankan diri taekwondo dicekup kelmarin selepas dikatakan mencabul empat kanak-kanak perempuan.

Suspek berusia 20 tahun ditahan kira-kira pukul 4 petang di sebuah pasar raya di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan daripada ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun.

Katanya, berdasarkan laporan mangsa pertama itu telah dicabul oleh suspek semasa berada di dalam tandas di pusat mempertahankan diri tersebut.

“Polis juga menerima tiga lagi laporan daripada tiga mangsa berbeza. Siasatan lanjut mendapati kesemua mangsa adalah kanak-kanak perempuan yang berumur diantara 7 hingga 9 tahun,” katanya hari ini.

Jelas beliau, semua kejadian cabul itu dikatakan berlaku sekitar bulan September hingga Oktober lalu.

Tambah Mohd. Iqbal, suspek yang juga seorang pelajar sebuah kolej swasta di Lembah Klang kini direman empat hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Suspek telah menjadi tenaga pengajar seni mempertahankan diri selama setahun.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKSTK 2017),” katanya.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut agar menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Naqiuddin Nawawi ditalian 012-3848103. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI