fbpx

Wanita dera, paksa anak kandung makan najis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Xuanxuan tidak mampu berjalan dengan sempurna selepas kejadian itu. - SCMP

BEIJING – Kisah pengalaman pahit dialami seorang budak lelaki berusia enam tahun yang cedera teruk akibat didera ibu kandungnya selama 12 bulan telah mencetuskan kemarahan orang ramai  di media sosial China.

Portal berita South China Morning Post melaporkan, Xuanxuan dari wilayah Jiangsu kehilangan bahagian bawah kakinya akibat kerosakan saraf optik dan epilepsi selepas didera oleh ibu kandungnya.

Wanita berusia 35 tahun yang menggunakan nama samaran Gu Xiaoli itu telah didakwa di mahkamah kerana berkelakuan kejam terhadap anaknya.

Bapa Xuanxuan, Men, merantau ke kampung halamannya di wilayah Anhui untuk bekerja dan hanya sekali-sekala pulang ke rumah. Maka, Xuanxuan terpaksa tinggal bersama Xiaoli dan kakaknya.

Xiaoli mula mendera Xuanxuan pada Februari 2022. Pada Januari lalu, Men menerima panggilan daripada Xiaoli yang memberitahu bahawa Xuanxuan tidak boleh berjalan dan sakit.

Men kemudian bergegas pulang ke rumah dan menyedari anaknya mempunyai kecederaan di kepala. Doktor memberitahu bahawa anaknya mengalami gegaran otak dan pendarahan dalaman.

Bukan itu sahaja, bahagian bawah kaki budak Xuanxuan terpaksa dipotong kerana kerosakan akibat radang dingin. Men curiga bahawa Xiaoli telah mendera Xuanxuan dan menghubungi polis.

Siasatan mendedahkan bahawa Xiaoli telah melayan Xuanxuan dengan tahap kezaliman yang teruk termasuk memukul, menolaknya ke bawah tangga dan memaksanya makan najis.

Kes itu dibicarakan pada 12 Oktober lalu, tetapi hukuman terhadap Xiaoli masih belum diputuskan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI