fbpx

KL City tewas dengan bermaruah – Nenad Bacina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BACINA tetap berbangga dengan persembahan anak-anak buahnya meskipun tersingkir daripada saingan Piala Malaysia selepas tewas kepada TFC kelmarin.

PENGENDALI KL City FC, Nenad Bacina tetap berbangga dengan semangat juang anak-anak buahnya meskipun tumbang 1-2 kepada Terengganu FC (TFC) pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia kelmarin.

Beliau berkata, pemain-pemainnya bersikap profesional dan memberikan persembahan terpuji untuk menyaingi TFC walaupun sedang berdepan masalah tunggakan gaji.

Bekas jurulatih bawah 19 tahun (B-19) kebangsaan itu berkata, skuad kendaliannya yang turun dengan misi melakar kemenangan di gelanggang lawan hampir berjaya dapat memerangkap TFC.

“Pemain-pemain saya telah meletakkan sementara isu tunggakan gaji di luar padang dan memberi komitmen 100 peratus.

“Kami tetap tidak berputus asa dan berjaya bangkit menya­makan kedudukan walaupun dibolosi lawan pada hujung separuh masa pertama,” katanya selepas perlawanan kelmarin.

Bacina berkata, sisa-sisa perjuangan skuad kendaliannya akhirnya terpadam apabila skuad Sang Penyu berjaya meledak gol kedua, sekali gus menjarakkan agregat kepada 4-2.

Bacina juga mengakui Terengganu yang dibimbing rakan senegara, Tomislav Steinbcruckner jauh lebih ampuh dan layak ke pentas final Piala Malaysia berdasarkan persembahan dua aksi separuh akhir.

“Ikut strategi awal, kami mahu tenang dan tidak mahu terburu-buru, namun nasib tidak menyebelahi kami apabila TFC berjaya meledak gol pertama sebelum rehat ke bilik persalinan.

“Kipre Tchetche telah dimasukkan pada separuh masa kedua bagi memperkemaskan jentera serangan dan kami berhasil menyamakan kedudukan sebelum TFC kembali di depan tidak lama kemudian,” kata beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI