fbpx

Harimau Selatan tunggu, Sang Penyu datang!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAMUT melutut ketika meraikan jaringan bersama rakan-rakan sepasukan ketika menewaskan KL City pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kelmarin. – PUQTRA HAIRRY

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner berpuas hati apabila berjaya membawa skuad kendaliannya mara ke final Piala Malaysia selepas bergaya menyingkirkan KL City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus kelmarin.

Steinbruckner berkata, anak-anak buahnya berhak untuk me­langkah ke pentas final setelah bekerja keras sejak awal musim lagi.

“Kami gigih untuk mencapai sasaran melangkah ke pentas final, sekurang-kurangnya satu saingan domestik berada dalam tangan pada musim ini.

“Pemain-pemain saya juga sudah semakin bersemangat untuk mengembalikan aura skuad generasi emas Terengganu yang pernah merangkul Piala Malaysia pada 22 tahun lalu,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.

Pada perlawanan itu, Terengganu menewaskan KL City 2-1, sekaligus mengesahkan tiket ke pentas final dengan agregat 4-2 menentang juara bertahan,Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ivan Mamut memecahkan kebuntuan pada minit ke-42, sebelum Romel Morales menghidupkan sisa-sia perjuangan KL City FC selepas menanduk mudah hantaran Haqimi Azim Rosli bagi gol penyamaan minit ke-51.

Lebih 25,000 penyokong skuad Sang Penyu akhirnya bersorak kegembiraan apabila bola rembatan Mamut dari luar kotak penalti melencong masuk untuk gol kemenangan pada minit ke-68.

Steinbruckner berkata, lebih menggembirakan beliau adalah kemenangan itu ibarat menebus kekalahan Terengagnu kepada lawan sama menerusi penentuan penalti pada saingan separuh akhir Piala FA, Jun lalu.

Jurulatih kelahiran Croatia itu berkata, kejayaan tersebut tidak mudah kerana mereka diberi cabaran hebat oleh skuad ibu kota.

“Musim lalu ketika saya masih pengarah teknikal (TFC), kami melangkah ke final Piala FA.

“Sekarang, kami akan kembali beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil. Saya teruja untuk melihat sekali lagi keghairahan penyokong (TFC). Kali ini, kami akan cuba membawa pulang trofi,” katanya.

Steinbruckner berpuas hati dan gembira dengan persembahan anak buahnya terutama ayam tambatan, Mamut yang menjaringkan gol-gol penting pada aksi separuh akhir ber­kenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI