fbpx

Sanggup kejar ambulans, panik isteri hendak bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penunggang yang menaiki motosikal bersama isterinya menahan sebuah ambulans di Gatot Subroto, Jakarta baru-baru ini. - Foto @dramaojol.id/Instagram

JAKARTA – Seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal sanggup menahan sebuah ambulans kerana panik isterinya hendak bersalin di sebatang jalan raya di kawasan Gatot Subroto, Jakarta baru-baru ini, lapor portal berita tribunmedan.com kelmarin.

Pada mulanya, motosikal yang ditunggang oleh si suami dan isterinya itu memotong ambulans tersebut dengan laju.

Si suami kemudian memberi isyarat meminta ambulans itu berhenti, menyebabkan pemandunya menghentikan kenderaan itu di tepi jalan raya yang sibuk.

Ketika kejadian, ambulans itu tidak membawa pesakit dan wanita mengandung itu dihantar ke klinik komuniti berhampiran.

Gelagat penunggang motosikal itu dirakamkan menerusi papan pembuka kenderaan tersebut dan ia kemudian menjadi tular selepas dimuat naik di laman Instagram @dramaojol.id.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI