fbpx

Ryan Bakery, Adam! Tolong sedar diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RYAN Bakery dan adiknya. Adam Bakery dilihat tidak konsisten sebagai penyanyi untuk bersaing dalam Famili Duo 3.

KEDENGARAN memang agak kasar tentang apa yang Diva cakapkan. Bukan niat untuk menghina atau merendah-rendahkan ‘bakat’ nyanyian pesohor media sosial terkenal, Ryan Bakery dengan adiknya, Adam Bakery.

Tapi Diva cuma nak minta kedua-dua mereka sedar bahawa mereka memang langsung tidak berbakat dalam bidang nyanyian.

Lagi-lagi ketika kedua-dua mereka kini menyertai pertandingan Famili Duo, iaitu sebuah pertandingan yang diadakan untuk seseorang bergelar penyanyi.

Diva bercakap tentang perkara itu sebab ramai yang menghentam juri tetap pertandingan tersebut iaitu Ajai apabila mengkritik nyanyian Ryan dan Adam tidak sedap.

Diva pun bukanlah pandai sangat untuk menjuri seseorang, tapi Diva juga belum pekak untuk tahu sama ada nyanyian seseorang itu sedap atau tidak.

Bila dikritik, alasan yang diberikan Ryan adalah dia sekadar mahu menyahut cabaran dengan menyertai program Famili Duo.

Tapi pada Diva, penyertaan kedua-dua mereka yang tidak ada langsung pengalaman dan bakat dalam bidang nyanyian telah mencacatkan kredibiliti program tersebut. Minta maaf, Famili Duo nampak ‘murah’.

DIVA: Masih belum diketahui status rumah tangga Syamsul Yusof dan Ira Kazar. Masih bersama ke?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI