fbpx

Akid raih kemenangan sulung ARRC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKID (tengah) cemerlang menjuarai perlumbaan Pusingan 5 ARRC 2023 di Litar Antarabangsa Zhuhai sebentar tadi.

PETALING JAYA – Selepas menjulang gelaran CP150 pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Tangkak bulan lalu, Akid Aziz kini meneruskan momentum hebatnya apabila melakar kemenangan perlumbaan Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2023 di Litar Antarabangsa Zhuhai, China sebentar tadi.

Akid yang memacu jentera Yamaha Y15ZR tampil cemerlang apabila menamatkan saingan dengan catatan 12 minit 08.644 saat (s) dan berjaya mengenepikan Ahmad Fazrul Sham (PitsBike JRT Tech 2 OneWay Racing Team) di tempat kedua dan Shafiq Rasol (ONEXOX TKKR Racing Team) pada kedudukan ketiga.

Kemenangan tersebut sekali gus membuka ruang kepada pelumba Cardinals Factory Racing Team ARRC itu memburu tempat kedua keseluruhan dalam kategori Underbone 150cc (UB150) ARRC 2023.

“Saya benar-benar tak jangka mampu memenangi perlumbaan di Litar Zhuhai ini kerana kita tahu saingan UB150 benar-benar sengit.

“Biarpun saya memulakan perlumbaan petak pertama tetapi ia bukan mudah kerana ramai pelumba di belakang saya semua mempunyai kemampuan untuk memintas saya.

“Saya hanya mengekalkan rentak tunggangan saya dan pada pusingan terakhir saya berjaya meloloskan diri untuk berada di hadapan untuk menjuarai perlumbaan hari ini.

“Saya benar-benar gembira kerana ini adalah kemenangan pertama saya di perlumbaan ARRC. Saya akan buat terbaik pada perlumbaan kedua nanti esok,” katanya ketika dihubungi kepada Kosmo! sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI