fbpx

Op Noda: Pusat hiburan digempur, 60 individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menahan 60 individu atas pelbagai kesalahan dalam serbuan di pusat hiburan Jalan Radin Tengah, Bandar Baru Sri Petaling. Foto ihsan PDRM

KUALA LUMPUR – Seramai 60 daripada 99 individu pusat hiburan ditahan atas pelbagai kesalahan selepas diperiksa polis dalam serbuan di Jalan Radin Tengah, Bandar Baru Sri Petaling, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, serbuan dijalankan oleh pasukan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada pukul 4.56 pagi.

“Dalam serbuan itu, kita telah membuat pemeriksaan ke atas 99 orang pelanggan dan pekerja.

“Di akhir pemeriksaan, seramai 60 daripada jumlah itu ditahan atas kesalahan menggajikan pekerja tanpa permit dan kesalahan di bawah Akta Imigresen,” ujarnya dalam kenyataan semalam.

Menurut Amihizam, kesemua suspek yang ditahan berusia 25 hingga 38 tahun.

Sehubungan itu, pihaknya juga merampas peralatan muzik yang dipercayai digunakan bagi menjalankan aktiviti hiburan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Peraturan 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai berdekatan,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI