fbpx

Bunyi siren tsunami di Kota Belud, Sabah hanya masalah teknikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tidak mengeluarkan sebarang amaran atau nasihat tsunami kepada penduduk di kawasan Masjid Imam Hj. Mustapah, Kota Belud, Sabah.

Sebaliknya, MetMalaysia berkata, siren Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) yang berbunyi awal pagi tadi dikhuatiri berlaku kerana masalah teknikal.

“MetMalaysia tidak mengeluarkan sebarang amaran atau nasihat tsunami pada masa ini.

“Kejadian tersebut dikhuatiri berlaku kerana masalah teknikal dan tindakan sewajarnya sedang diambil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, MetMalaysia berkata, pihaknya memohon maaf atas sebarang kekeliruan dan kesulitan yang timbul ekoran kejadian ini.

Ujarnya, maklumat sahih berkenaan gempa bumi dan tsunami boleh didapati melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia laitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MET Malaysia serta Hotline di talian 1-300-22-1638. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI