fbpx

Tak tutup mangkuk tandas ketika ‘flush’ punca anak kerap demam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perbuatan tidak menutup mangkuk tandas sewaktu ‘flush’ selepas membuang air besar boleh berisiko menyebabkan anak-anak kerap demam.

Menerusi perkongsian seorang doktor perubatan pada TikTok @drnazreennain berkata, cara betul untuk ‘flush’ tandas adalah memastikan ia ditutup terlebih dahulu.

“Salah satu punca anak korang kerap demam bermula dari rumah korang sendiri. Ini cara salah kalau korang ‘flush’ (penutup terbuka). Dan ini cara betul, tutup dulu penutup tandas baru tekan butang ‘flush’.

“Saintis dah lama buat kajian, kita yang lalai. Bila kita ‘flush’ dengan penutup terbuka, akan menyebabkan berlakunya ‘areosol’, percikan air dari lubang tandas setinggi dua meter. Lagi tinggi daripada purata ketinggian lelaki dewasa,” katanya pada video dimuat naik di media sosial itu.

Beliau berkata, percikan air dari lubang tandas akan membawa kuman, bakteria dan virus termasuk najis ‘fresh’ (segar) masuk ke dalam mulut, lubang hidung dan mata.

“Itu boleh menyebabkan penyakit. Jadi nak ‘flush’ tutuplah dulu penutup tandas tu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI