fbpx

Isteri orang pun jadi mangsa ‘love scam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai 644 wanita termasuk mereka yang berstatus isteri orang menjadi mangsa sindiket ‘love scam’ bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, wanita yang terjerat penipuan cinta itu adalah sebanyak 79.5 peratus dari jumlah keseluruhan 810 mangsa dalam masa 10 bulan.

“Daripada 644 mangsa, seramai 307 daripada mereka berusia 31 hingga 50 tahun.

“Secara lazimnya, individu yang berada dalam lingkungan usia tersebut adalah individu yang sudah berkahwin.

“Justeru, kita tidak menolak kemungkinan ada isteri yang membelakangi suami mereka dengan melayan cinta alam maya sama ada melalui aplikasi Facebook, Wechat, Tinder, WhatsApp dan sebagainya sehingga menjadi mangsa ‘love scam’,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Justeri beliau mengingatkan golongan itu supaya menghentikan perbuatan tersebut.

“Carilah penyelesaian yang terbaik dalam apa jua masalah yang dihadapi,” pesan beliau. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI