fbpx

PKR bukan ahli ‘Liberal International’ – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi.

PETALING JAYA – Terdapat percubaan terancang untuk mengaitkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan Liberal International.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, beliau mengesahkan bahawa PKR bukan dan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International.

“KEADILAN (PKR) bersolidariti sepenuhnya dengan rakyat Palestin serta mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel yang terus menzalimi, menekan dan membunuh rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Liberal International sebuah organisasi parti politik liberal di seluruh dunia yang diasaskan di Oxford pada tahun 1947.

Ia menjadi rangkaian utama bagi parti liberal yang bertujuan untuk mengukuhkan liberalisme di seluruh dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI