HULU TERENGGANU – Seorang peniaga ikan dan sayur-sayuran tidak menyangka wanita berjubah yang menumpang van miliknya pada awal pagi Rabu lalu rupa-rupanya suspek bagi satu kes pembunuhan melibatkan usahawan tudung. Lelaki berusia 58 tahun yang enggan dikenali itu mendakwa, dia menumpangkan wanita itu di Batu 23, Jalan Kuala Berang pada pukul 3 pagi kerana menyangkakan suspek merupakan mangsa kemalangan yang memerlukan pertolongan. Dakwanya, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan ke Pasar Borong Gong Pauh di Kuala Terengganu untuk mengambil bekalan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya