fbpx

Isteri ‘gempur’ majlis kahwin suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin lelaki terkejut apabila isterinya muncul di majlis perkahwinannya. – Detak Banten

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang wanita menyerbu majlis perkahwinan suaminya, lapor laman berita Suara.com semalam.

Berdasarkan video yang dimuat naik dalam akaun Instagram @terang_media, kelihatan seorang wanita memasuki sebuah rumah yang sedang mengadakan majlis perkahwinan.

Wanita itu kemudian bertanya kepada orang ramai tentang keberadaan pengantin lelaki.

Dia kemudian berjalan ke arah lokasi di mana kedua-dua pengantin berada. Pengantin lelaki kemudian terkejut melihat kehadiran isterinya.

“Hebat sekali, hebat sekali, saya lapor kepada polis, semoga hidup bahagia,” katanya.

Kejadian itu berlaku di daerah Petisah, Medan pada 27 Oktober lalu. Dia telah membuat laporan polis pada hari sama sekitar pukul 4.55 petang (waktu tempatan).

Wanita dikenali sebagai IAA, 32, itu membuat laporan terhadap pengantin perempuan, Octa dan suaminya, ADP. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI