fbpx

Nak ikut memancing, petanda mahu ‘pergi’ jauh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOHAN menunjukan gambar anak tunggalnya, Mohammad Adam Dani yang meninggalkan dunia akibat lemas selepas dipercayai terjatuh dari di Kelong Wahid Panjang, Pantai Sungai Lurus, Batu Pahat, semalam.

BATU PAHAT – Keinginan seorang kanak-kanak untuk mengikuti bapanya memancing di laut menjadi permintaan pertama dan terakhirnya sebelum dia ‘pergi’ selama-lamanya.

Sebelum ini, mangsa, Mohammad Adam Dani, 10, pernah beberapa kali merayu untuk mengikuti bapanya, Johan Ali, namun tidak diendahkan kerana lelaki itu memancing pada waktu malam.

Johan, 55, berkata, memang sudah tersurat dia memancing pada waktu siang semalam membolehkan anak tunggalnya turut serta.

“Pada mulanya, saya tidak izinkan, namun setelah beberapa kali minta dan arwah sendiri juga minat memancing, akhirnya saya akur.

“Sebelum ini, arwah memancing di sekitar rumah seperti di kawasan parit dan anak sungai,” katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini, hari ini.

Menurut Johan, dia dan isterinya, Marzalina Yusof, 40, amat merasai kehilangan anak tunggal mereka kerana arwah satu-satunya penyeri hidup mereka berdua selama ini.

Ujarnya, perkara yang paling diingati adalah arwah anak yang taat kepada kedua ibu bapanya selain rajin solat,” katanya.

Muhammad Adam Dani disedari hilang oleh bapanya pada pukul 5.30 petang semalam ketika Johan mahu pulang ke rumah selepas selesai memancing di Kelong Wahid Panjang, Pantai Sungai Lurus di sini.

Susulan itu, Johan membuat laporan di Balai Polis Senggarang di sini pada pukul 6.30 petang sebelum menggerakkan mencari bersama pasukan Bomba dan Penyelamat Rengit serta orang awam dilakukan.

Mayat kanak-kanak itu ditemui pada pukul 9.15 malam semalam terdampar oleh orang awam di tepi pantai kira-kira 200 meter dari tempatnya dilaporkan terjatuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI