fbpx

Amaran ribut petir melanda hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melanda hampir seluruh negara termasuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di laman sesawangnya berkata, ribut petir diramal berlaku di beberapa tempat di Kelantan dan Terengganu.

“Selain itu, ribut petir juga diramal berlaku di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, kawasan pendalaman Perak dan Pahang.”

“Di Sabah pula, ribut petir diramal melanda satu dua tempat di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat,” katanya.

Tambahnya, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang turut dilanda ribut petir petang ini.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI