fbpx

Apa motif Azhar Sulaiman? Samakan diri dengan pemimpin Hamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar menerima kecaman hebat netizen apabila menyamakan dirinya dengan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.

PETALING JAYA – Sekali lagi pelakon Azhar Sulaiman mencetuskan kontroversi apabila menyamakan dirinya dengan pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh yang disifatkan netizen sebagai sindiran halus.

Perkara tersebut berbangkit disebabkan pemimpin itu dikatakan hanya mengikuti perkembangan perang Palestin-Israel  hanya menerusi paparan berita dalam saluran Al Jazeera tanpa perlu berperang.

“Salam Jumaat semua, walaupun kami berdua tidak berada di Gaza berperang dengan Israel dan hanya mengikuti perkembangan perang melalui siaran berita Al Jazeera.

“Saya dan Ismail Haniyeh Ketua Politikal Hamas akan membantu Rakyat Palestin semampu kami dari jauh, semoga perang ini akan berakhir cepat, Amin,” kata Azhar menerusi perkongsian dalam Instagram.

Pelakon Abang 92 turut meletakkan gambarnya dan Ismail yang difahamkan kini berada di Qatar serta foto paparan berita Al Jazeera dalam hantaran tersebut.

Rata-rata kecewa melihat perkongsian dibuat Azhar kali ini seperti mengejek ketua strategik kumpulan pejuang tersebut kerana bukan berada dalam Gaza berperang dengan Zionis.

Hantaran sarkastik penggiat seni yang juga arkitek itu membuatkan rata-rata pengikutnya kecewa kerana status dilontarkan tidak menggambarkan dirinya sebagai individu berpelajaran.

Malah, ada yang menyifatkan aktor senior itu kebulur perhatian meskipun sudah memaklumkan sebelum ini tidak akan mengulas atau memberikan apa-apa pendapat yang bakal disalah erti.

Kalau Ismail turun berperang di Gaza, dia ketua utama Hamas, kalau dia meninggal, tak ke kelam kabut nanti. Sama juga kalau Malaysia berperang, Agong dan Perdana Menteri tak turun berperang, tolong rasional abang, jangan ilusi,” komen netizen.

Terdahulu, menerusi perkongsian terbaharu dalam laman sosial pelakon itu menunjukkan dirinya sudah kembali tenang selepas terbabit dalam kemelut percanggahan pendapat dengan netizen serta rakan seperjuangan, Sharnaaz Ahmad.

Sesi berbalas hujah mengenai isu Palestin-Israel terutama komennya yang mempersoalkan strategi panglima perang Hamas memulakan serangan ke atas Israel menjadi polemik sejak beberapa hari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI