fbpx

Young Tigers perlu tebus maruah, elak kedudukan tercorot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahmie Irfan Suhaimi diasak benteng pertahanan Great Britain pada perlawanan SOJC di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru malam semalam.

JOHOR BAHRU – Skuad remaja kebangsaan dituntut untuk menebus maruah dengan menewaskan pasukan Afrika Selatan pada perlawanan penentuan tempat ketujuh dan kelapan Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) 2023 di Stadium Hoki Taman Daya, di sini petang ini.

Ini kerana skuad kendalian Muhamad Amin Rahim itu belum mencatatkan sebarang kemenangan dan tewas kesemua empat perlawanan sejak kejohanan itu bermula.

Menurut Muhamad Amin, pemain perlu bermain bermati-matian untuk memastikan Young Tigers merekodkan satu lagi kekalahan dan menamatkan kejohanan SOJC 2023 di kedudukan tercorot.

“Esok adalah perlawanan yang mencabar maruah selepas kita tewas kepada Great Britain 4-7 dan terlepas peluang menamatkan kejohanan di posisi lebih baik sama di tempat kelima atau keenam.

“Pertemuan menentang Afrika Selatan ini adalah perlawanan terakhir kita dan berharap pemain akan bermati-matian untuk pastikan kita tidak berada di tempat terakhir,” katanya.

Selain itu, katanya, pemain juga perlu melangkah terus dan melupakan kekalahan 4-7 di tangan Great Britain pada malam tadi dan memberi tumpuan penuh pada perlawanan terakhir ini.

“Kita terima kekalahan itu dan akan memperbetulkan kesalahan yang telah dilakukan, sebagai contoh kita melepaskan lima gol padang pada perlawanan semalam walaupun kita tahu akan kekuatan mereka, perkara seperti itu akan ditambah baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI