fbpx

Pengganti Salahuddin ditentukan pada pemilihan Amanah bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahfuz (kiri) ketika berucap pada Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Pasir Mas 2023 di Dewan Kada Tendong, Pasir Mas hari ini. Foto oleh ROSMIZAN RESDI/KOSMO!

PASIR MAS – Pengganti bagi jawatan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) yang sebelum ini disandang oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub akan ditentukan semasa pemilihan parti itu bulan depan.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, setakat ini, pihaknya masih belum menerima sebarang pencalonan terutamanya ahli parti itu yang menawarkan diri bertanding bagi jawatan berkenaan.

“Mesyuarat Agung parti baru sahaja bermula. Sistem pemilihan Amanah agak berlainan kerana tidak bertanding untuk satu-satu jawatan, sebaliknya kita bertanding untuk pemilihan seramai 27 orang calon di peringkat nasional.

“Kesemua calon yang dipilih itu akan bermesyuarat bagi menentukan individu yang layak untuk memegang jawatan Presiden dan jawatan-jawatan lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Pasir Mas 2023 di Dewan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) Tendong di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah, pada 23 Julai lalu.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram disahkan mengalami pendarahan otak sebelum menjalani rawatan di hospital berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI