Setiap taska di negara ini yang ditubuhkan tanpa lesen, perlulah didaftarkan sebelum Disember tahun ini bagi mengelak tindak undang-undang dikenakan.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memandang serius isu melibatkan kanak-kanak terutama yang ditempatkan di taska.
JKM dalam pada itu, telah mengenal pasti sebanyak 1,080 taska di seluruh negara yang tidak berdaftar dan langkah advokasi telah dilaksanakan supaya pihak yang terlibat membuat pendaftaran.