fbpx

Karkas kambing sejuk beku untuk tempahan Deepavali dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Veterinar JPVPP sedang melakukan pemeriksaan kesihatan pada karkas kambing yang dirampas di sebuah premis ternakan di Bukit Mertajam, pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) merampas 76.1 kilogram (kg) karkas kambing sejuk beku dipercayai untuk jualan tempahan sempena perayaan Deepavali di sebuah premis ternakan di Bukit Minyak, Bukit Mertajam di sini, pagi tadi.

Pengarahnya, Dr. Saira Banu Mohamed Rejab berkata, rampasan karkas kambing itu dilakukan dalam satu pemeriksaan rutin harian oleh sepasukan pihak berkuasa JPVPP kira-kira pukul 10.15 pagi tadi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal yang dilakukan ke atas premis yang diusahakan warga tempatan itu menemui beberapa karkas dipercayai kambing di dalam peti sejuk beku.

“Karkas sejuk beku tersebut disyaki bukan disembelih di rumah penyembelihan yang diluluskan atau yang dilesenkan.

“Oleh itu, satu tindakan ambil milik atau rampasan telah dibuat terhadap karkas sejuk beku tersebut dan dibawa ke pejabat untuk tujuan siasatan lanjut di bawah Kaedah 5(3) Kaedah-Kaedah binatang (Kawalan penyembelihan 2009),” katanya kepada Kosmo! di sini.

Beritahunya lagi, pemeriksaan kesihatan dan identiti karkas tersebut juga telah dilakukan oleh Pegawai Veterinar dan mendapati ianya adalah kambing.

“Nilai rampasan karkas kambing sejuk beku seberat 76.1kg tersebut dianggarkan sebanyak RM3,000,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI