fbpx

Bekas Ahli Parlimen Sekijang meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALLAHYARHAMAH Natrah Ismail meninggal dunia di Hospital Segamat malam semalam akibat barah hati.

SEGAMAT – Bekas Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail menghembuskan nafas yang terakhir akibat barah di Hospital Segamat di sini malam semalam.

Allahyarhamah Natrah Ismail, 73, sebelum ini dimasukkan ke Hospital Tunku Aminah, Johor Bahru sebelum dipindahkan ke Hospital Segamat.

Beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada kira-kira 9.39 malam akibat barah hati tahap empat.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga beliau atas pemergian mengejut malam ini.

“Beliau seorang yang baik, tertib dan sentiasa gigih perjuangkan nasib rakyat. Satu kehilangan besar buat PKR serta warga Segamat,” katanya.

Timbalan Ketua Wanita Keadilan Pusat, Juwairiya Zulkifli, turut berkongsi rasa sedih di media sosial atas pemergian Natrah.

“Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga dan warga Keadilan Johor diatas pemergian Hajah Natrah Ismail. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Sekijang yang juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Pusat (MPWP).

“Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” kongsinya.

Jenazah Allahyarhamah dijangka di kebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Paya Dalam, Jalan Muar, Segamat pada hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI