fbpx

Tyson impi tentang tiga lawan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TYSON mahu terus aktif sepanjang tahun depan dan menyenaraikan tiga lawan yang mungkin ditentangnya. – AFP

CALIFORNIA – Petinju veteran, Mike Tyson menyatakan hasrat untuk bertarung dengan jaguh tinju antarabangsa seperti Anthony Joshua, Tyson Fury dan Deontay Wilder dalam aksi pertunjukan amal pada tahun depan.

Sebagai rekod, Tyson bakal membuat kemunculan semula selepas keluar daripada persaraan apabila dijadualkan bertemu dengan Roy Jones Jr. di Ca­lifornia secara pertunjukan pada awal pagi Ahad ini.

Kata Tyson, pertemuan menentang Jones Jr. bukanlah menjadi aksi terakhirnya kerana dia sememangnya bercadang untuk terus bergiat aktif sepanjang tahun depan selain telah mencadangkan kepada penganjur beberapa nama yang sesuai.

“Apa yang cuba saya lakukan adalah pertarungan bertemakan pertunjukan yang dibuat secara amal untuk berbakti kepada golongan yang memerlukan. Ini adalah cadangan yang diberikan kepada penganjur jika berhasrat untuk meneruskan usaha pada tahun depan.

“Kita berpeluang untuk me­lakukan kebaikan kerana pertarungan tinju sentiasa mendapat tempat selain boleh menarik ramai peminat untuk hadir ke stadium sekali gus mengumpul ba­nyak duit.

“Saya telah pun menyatakan kepada penganjur bahawa pertemuan dengan Jones Jr. nanti bukanlah yang terakhir dan jika mereka boleh aturkan dengan beberapa petinju muda seperti Joshua, Fury atau Wilder, saya sentiasa bersedia,” katanya.

Sebagai rekod, Tyson yang terkenal dengan insiden menggigit telinga Evander Holyfield dalam pertarungan 1997 bakal membuat kemunculan semula dalam tempoh 15 tahun selepas kali terakhir bertarung pada 2005. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI