fbpx

Bekal keyakinan iringi Bastianini ke MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BASTIANINI muncul juara kategori Moto2 musim 2020. – AFP

PORTUGAL – Pelumba Itali, Enea Bastianini mengakhiri musim saingan kelas Moto2 dengan kejayaan manis apabila dinobatkan sebagai juara dunia Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2020.

Meskipun sekadar menamatkan saingan di kedudukan kelima di Grand Prix (GP) Portugal ia sudah memadai buatnya pelumba pasukan Italtrans Racing Team untuk dinobatkan sebagai juara kelas Moto2 dengan 205 mata meskipun pada perlumbaan itu dimenangi pelumba Onexox TKKR SAG Team, Remy Gardner.

Pelumba SKY Racing Team VR46, Luca Marini yang menamatkan saingan di kedudukan kedua di Portugal terpaksa ber­puas hati di tangga kedua keseluruhan dengan 196 mata. Pelumba EG 0,0 Marc VDS, Sam Lowes yang sebelum ini hampir untuk dinobatkan sebagai juara dunia gagal mengekalkan kedudukan dan berpuas hati tempat ketiga dengan 196 mata.

Ia merupakan penamat terbaik dan memberikan keyakinan buat Bastianini yang akan ber­aksi di saingan MotoGP dengan menyertai pasukan satelit Ducati, Esponsorama Racing bersama rakan senegaranya dan juga sepasukannya, Marini musim depan.

“Perasaan yang luar biasa. Hari ini adalah hari terbaik dalam hidup saya. Perlumbaan itu sungguh sukar, laju sangat pantas dan di pertengahan perlumbaan saya berfikir saya perlu kekal mengutip mata kerana Sam berada di hadapan saya.

“Ketika di pusingan terakhir, impian saya untuk menjadi juara dunia menjadi kenyataan. Saya mendedikasikan gelaran dunia kepada pasukan saya, jurulatih, keluarga dan kru yang bersama saya. Musim yang sukar dengan Covid-19.

“Konsisten adalah kejayaan buat saya kerana pada perlumbaan musim ini saya hanya meraih tiga kemenangan dan tujuh podium. Marini dan Lowes sa­ngat laju dalam perlumbaan.

“Saya rasa selepas berakhir saingan Moto2, saya mempunyai masa untuk memperbaiki diri dan kita akan melihat apa yang boleh kita lakukan tahun depan dalam kelas berbeza,” katanya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI