fbpx

Pasukan Malbatt 850-11 dihantar ke Lebanon, bukan Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (tiga kanan) ketika menyempurnakan Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama Malbatt 850-11, di Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang, hari ini. Foto AFIQ RAZALI

SUBANG – Penghantaran pasukan Malaysian Battalion 850-11 (Malbatt 850-11) ke Lebanon tidak berkaitan dengan konflik Palestin-Israel.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malbatt 850-11 dihantar ke negara berkenaan bagi menggantikan Malbatt 850-10 yang hampir tamat bertugas di sana.

“Ini adalah pasukan pengganti, jangan pula nanti ada yang kata kita hantar pasukan ke Palestin.

“Kebetulan pasukan sebelum dah nak tamat bertugas setahun jadi kita terus hantar sehingga (melainkan) Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIFIL) membuat keputusan berlainan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Beret PBB, penyerahan bendera Malaysia dan penghantaran kumpulan pertama Malbatt 850-11 bertempat di Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Dalam masa sama katanya, Malaysia akan terus menghantar pasukan bagi meneruskan misi di Lebanon walaupun ada pihak yang mempertikaikan pelaksanaannya.

“Ramai yang tanya kenapa kita nak hantar sekarang? Itu bukan soalnya. Kita tak akan tarik balik kita punya pasukan pengaman tanpa keputusan rasmi oleh UNIFIL.

“Kita akan terus hantar seperti biasa bagi melaksanakan tanggungjawab serta tidak akan ambil tindakan secara bersendirian ,” tegasnya.

Katanya, penghantaran Malbatt 850-11 ini juga membuktikan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersedia untuk mengatur gerak pasukannya bagi memenuhi keperluan pertahanan dari semasa ke semasa.

“Ia menunjukkan komitmen ATM dalam meneruskan usaha menyokong misi-misi pengaman khususnya di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) demi keamanan, keselamatan dan keharmonian di peringkat antarabangsa.

“Sehingga kini Malbatt telah menunjukkan prestasi yang membanggakan dan mendapat kepercayaan dari masyarakat tempatan di Lebanon. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI