fbpx

Adam Norrodin ‘naik pangkat’ ke WSBK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELUMBA negara, Adam Norrodin yang bersaing dalam kelas WorldSSP bersama pasukan Petronas MIE Racing musim ini.

PELUMBA negara, Adam Norrodin menerima peluang keemasan dalam kariernya selepas dinaikkan pangkat untuk beraksi dalam kelas utama Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) musim depan bersama pasukan Petronas MIE Racing.

Pelumba berusia 25 tahun itu yang bersaing dalam kelas WorldSSP tahun ini bersama MIE Racing telah diberi kepercayaan oleh pemilik pasukan tersebut Midori Moriwaki untuk mengambil alih tempat yang ditinggalkan Hafizh Syahrin Abdullah dan Eric Granado.

Adam mengakui dia teruja dengan tawaran tersebut sekali gus bertekad untuk bekerja keras dan memberikan terbaik sejurus melangkah ke perlumbaan tertinggi dalam kariernya itu.

 

“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Midori Moriwaki, Petronas dan Honda.

“Ia adalah satu keputusan yang besar beraksi dalam kelas WSBK ini. Apapun ini juga merupakan peluang terbaik untuk saya serta sesuatu yang saya idamkan sejak sekian lama.

“Kami tahu bahawa perlumbaan ini akan menjadi lebih kompetitif musim depan dan akan menjadi cabaran besar kepada saya. Saya akan berusaha lebih gigih.

“Apapun, dengan peluang yang diberikan untuk mewakili Petronas dan Malaysia, ia adalah satu penghormatan yang besar. Saya benar-benar bersyukur dengan peluang yang diberikan ini,” kata Adam.

Pelumba kelahiran Johor tersebut akan bergandingan bersama rakan sepasukannya sebelum ini dari kelas WorldSSP iaitu Tarran Mackenzie (United Kingdom) untuk mengemudi jentera CBR1000RR-R pada musim 2024 nanti.

Sebagai rekod, Adam sebelum ini pernah bersaing dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) pada 2022 dan berjaya menaiki dua podium ketika mengemudi jentera BWM S1000RR bersama pasukan ONEXOX BMW TKKR Team.

Selain itu, pelumba kelahiran Johor itu juga pernah bersaing dalam kelas Moto2 dan Moto3. -KOSMO! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI