fbpx

Wanita maut, treler dinaiki terlibat kemalangan lima kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba BBP Kamunting mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut di Lebuh Raya Utara-Selatan di KM 200.4 arah utara dekat Taiping hari ini. - Foto IHSAN JPBM

TAIPING – Seorang wanita maut setelah treler dinaikinya terlibat kemalangan jalan raya membabitkan lima kenderaan lain di Lebuh Raya Utara Selatan di Kilometer 200.4 arah selatan di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bonba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 11.33 pagi.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting segera bergegas ke lokasi dan mendapati sebuah treler sarat dengan muatan kelapa sawit telah melanggar bahagian belakang sebuah bas persiaran dua tingkat.

“Ketika kejadian, seramai enam penumpang berada di dalam bas persiaran tersebut manakala tiga orang lagi iaitu pemandu, seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan menaiki lori treler tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurut Sabarodzi, pemandu serta penumpang kanak-kanak perempuan itu mengalami kecederaan dan penumpang wanita dewasa disahkan maut oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

“Pada masa yang sama, tiga buah lori bonded dan sebuah lori tangki turut terlibat dalam kemalangan itu. Salah seorang pemandu lori bonded mengalami kecederaan dan tiga pemandu yang lain berada dalam keadaan selamat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI