fbpx

Tiga buruh warga Bangladesh maut tertimbus runtuhan tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk menunjukkan lokasi ketiga-tiga mangsa tertimbus runtuhan tanah di tapak projek pembinaan lebuh raya di Kampung Maka, Pulai Chondong dekat Machang hari ini. - Foto ROHANA MOHD. NAWI

MACHANG – Tiga buruh warga Bangladesh maut selepas tertimbus runtuhan tanah ketika sedang bekerja di tapak projek pembinaan lebuh raya di Kampung Maka, Pulai Chondong di sini, hari ini.

Ketiga-tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an itu disedari sudah tertimbus di dalam tanah sedalam 10 meter oleh tiga pekerja lain yang sedang membina tapak untuk pemasangan pembetung kira-kira pukul 12 tengah hari.

Saksi kejadian yang juga penduduk Kampung Maka, Anis Ashikin Ariffin, 29, dia terdengar beberapa pekerja meraung dan menjerit meminta pertolongan daripada pemandu jengkaut selepas mangsa tertimbus tanah.

“Saya melihat beberapa orang pekerja kelam-kabut membantu menggali tanah dengan menggunakan jengkaut untuk menyelamatkan mangsa yang terimbus akibat runtuhan tanah. Selang beberapa minit kemudian, anggota polis dan bomba tiba,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 4 petang tadi sebelum dihantar ke Hospital Machang di sini untuk proses bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI