fbpx

Pemandu bawa van mayat dengan pintu terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki didenda kerana memandu van mayat dengan pintu terbuka di bandar raya Ho Chi Minh malam kelmarin. - Foto Vietnam Post English/Dan Tuan

BANDAR RAYA HO CHI MINH – Polis Vietnam mendenda seorang lelaki kerana memandu van mayat di Jalan Nguyen Hue, Bandar Raya Ho Chi Minh pada malam kelmarin dengan keadaan pintunya terbuka.

Dalam masa sama, van tersebut dinaiki beberapa orang berpakaian seperti hantu sempena sambutan Halloween, lapor laman berita VNExpress semalam .

Lelaki berusia 38 tahun itu didenda 700,000 dong (RM135.37) kerana melanggar peraturan memastikan pintu kenderaan ditutup semasa memandu.

Namun, pemandu itu memberitahu polis bahawa dia diupah untuk memandu van mayat pada malam Halloween dengan membawa lapan orang berpakaian seperti hantu.

Apabila tiba di dataran pejalan kaki Nguyen Hue, di mana ramai orang berkumpul bagi meraikan sambutan Halloween, dia membuka pintu untuk penumpangnya bersorak dan menakut-nakutkan orang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI