fbpx

Bumbung seperti dipijak-pijak sebelum pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAMSUDIN memerhatikan seorang pekerja membaiki bumbung rumahnya yang rosak dipukul ribut di Taman Delima, Pendang semalam.

PENDANG – Seorang suri rumah berdepan detik cemas selepas bumbung rumahnya diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut Taman Delima, di sini kelmarin.

Kata Sutainah Mat Isa, 56, kejadian pada pukul 2.30 petang itu merupakan kali pertama dialaminya sejak tinggal di kediaman itu lebih 28 tahun lalu.

“Ketika kejadian, saya tinggal seorang diri di rumah, manakala suami Shamsudin Talib, 58, sedang bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat perniagaan di pekan Pendang.

“Saya sedang menyapu sampah di ruang tamu apabila tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi deruan kuat seperti ada sesuatu yang meluru ke arah rumah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ujar ibu dua anak itu, dia kemudian tergamam apabila tiba-tiba terdengar bunyi seperti bumbung asbestos di ruang tamu seperti dipijak-pijak sebelum pecah, manakala sebahagian lagi tercabut sebelum diterbangkan angin.

“Saya cuba mengelak daripada terkena serpihan bumbung itu dengan berlari ke bahagian dapur dan mendapatkan telefon untuk memberitahu suami.

“Bagaimanapun disebabkan berada dalam ketakutan saya tidak dapat menghubungi suami dan berlari keluar rumah untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini dia hanya melihat kejadian seum­pama itu dalam televisyen atau di akhbar.

“Tidak sangka kali ini saya mengalaminya sendiri. Selepas bumbung diterbangkan angin, hujan mula turun dengan lebat menyebabkan sebahagian pe­rabot dan perkakas elektrik ­rumah terkena air dan rosak.

“Semasa berada di luar rumah saya turut didatangi jiran yang mengatakan rumah mereka juga rosak apabila bahagian bumbung diterbangkan angin kencang,” katanya.

Menurut Muhammad Nur Alam Zulkifli, 34, pula, ketika kejadian dia sedang bekerja di sebuah kilang berdekatan rumah­nya.

“Saya terkejut apabila me­nerima panggilan telefon dari­pada jiran memaklumkan bumbung rumah saya telah diterbangkan angin petang semalam (kelmarin).

“Selepas meminta kebenaran daripada penyelia saya bergegas pulang dan mendapati bahagian dalam rumah saya digenangi air, manakala hampir keseluruhan bumbung bahagian ruang tamu dan bilik pecah dan diterbangkan angin,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga, Yusni Yusuf, 47, berkata, ketika kejadian dia sedang berehat bersama isteri, Norhazifah Rashid, 42, selepas makan tengah hari.

“Ketika sedang berbual tiba-tiba kami terdengar bunyi seperti benda pecah dan beberapa saat kemudian mendapati bumbung bahagian dapur rumah jatuh berselerak.

“Kami kemudian berlari keluar dan mendapati ramai jiran telah berada di luar dengan me­ngatakan rumah mereka turut terkesan selepas dibadai ribut,” katanya.

Dalam kejadian kelmarin, sebanyak 23 buah rumah penduduk di Taman Delima, di sini dibadai ribut selain sebuah rumah di Kampung Pulau Machang turut terkesan.

Bagaimanapun semua mang­sa yang terdiri daripada 72 penduduk di taman itu dan dua penduduk di kampung berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI