fbpx

Pasukan pertama Malbatt 850-11 berlepas ke Lebanon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (depan tengah) bergambar bersama kumpulan pertama Malbatt 850-11, selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Beret PBB, penyerahan bendera Malaysia dan penghantaran kumpulan pertama Malbatt 850-11 bertempat di Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang, hari ini.

SUBANG – Seramai 854 anggota terdiri daripada 82 pegawai dan 772 anggota lain-lain pangkat (LLP) menjadi kumpulan pertama Malaysian Battalion 850-11 (Malbatt 850-11) ke Lebanon membawa misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIFIL), hari ini.

Ia termasuk tiga pegawai dan 27 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang pegawai awam kewangan dari Kementerian Pertahanan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kontinjen berkenaan akan menggantikan pasukan Malbatt 850-10 yang telah bertugas di sana selama setahun.

“Kontinjen ini akan menggantikan anggota 850-10 yang sedang bertugas dalam misi UNIFIL selama setahun.

“Selain Malaysia, ada lapan lagi negara yang turut menyertai misi UNIFIL yang menjalankan misi di sana (Lebanon),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Beret PBB, penyerahan bendera Malaysia dan penghantaran kumpulan pertama Malbatt 850-11 bertempat di Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Mohamad berkata, kontinjen 850-11 diaturgerakkan ke Lebanon melibatkan empat peringkat penghantaran.

“Penghantaran kumpulan pertama diketuai oleh Komander Malbatt 850-11, Kolonel Burhan Sagoni bersama 49 pegawai dan 169 anggota lain-lain pangkat.

“Kontinjen ini akan meneruskan misi UNIFIL di bawah kawalan operasi Markas Sektor Barat UNIFIL dan akan ditempatkan di dua penempatan tetap iaitu Kem Ma’rakah serta Kem Tibnin dan akan melaksanakan tugas-tugas operasi yang diberikan,” ujarnya.

Penghantaran kumpulan kedua Malbatt 850-11, akan dilaksanakan pada 7 November 2023 ini, kumpulan ketiga pada 12 November dan penghantaran kumpulan keempat pada 16 November. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI