fbpx

Mahkamah: Pemungut sampah dituduh perkosa, amang seksual anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (tengah) dituduh memperkosa dan melakukan amang seksual fizikal anaknya di Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang pemungut sampah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan kandungnya berusia 13 tahun pada akhir September lalu.

Lelaki berusia 36 tahun itu membuat pengakuan tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol remaja perempuan tersebut itu di sebuah rumah di mukim Chukai di sini pada pukul 8 pagi, 29 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan maksimum 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa pada hari, masa dan tempat sama.

Lelaki didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara
sehingga 20 tahun dan sebatan m.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM14,000 dan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Tertuduh juga diarahkan mendekati dan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sepanjang prosiding berlangsung.

Mahkamah menetapkan sebutan semula pada 4 Disember depan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Mohamad Razali manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI