fbpx

Anwar sampaikan ucapan penggulungan RUU Belanjawan 2024 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri dijadual akan menyampai ucapan penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen petang ini.

Dalam satu hantaran di Facebook beliau sebentar tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan itu berkata, ucapan penggulungan itu akan dilakukan pada pukul 5.30 petang ini.

“Insya-Allah pukul 5.30 petang ini saya akan menyampaikan ucapan Penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) di Dewan Rakyat. Nantikan,” tulis beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI