fbpx

Pesakit kanser tahap akhir tunai impian naik jentera bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Firas (duduk, kiri), Nurul Umairah (duduk, tengah) dan Muhamad Yazeed (duduk, kanan) teruja berpeluang melawat Pangkalan Udara Wilayah Utara Bertam, hari ini. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Tiada apa yang dapat diungkapkan kanak-kanak pesakit kanser melainkan hanya tersenyum lebar setelah mereka dibawa menaiki jentera bomba di Pangkalan Udara Wilayah Utara Unit Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Bertam di sini, hari ini.

Bagi pesakit kanser otak tahap akhir, Nurul Umairah Abdul Rahman, 9, dia amat teruja selepas diberi peluang bersiar-siar dengan menaiki jentera pasukan beruniform itu selain melihat helikopter pada jarak dekat.

Akuinya, dia sanggup bangun seawal pukul 5 pagi tadi untuk bersiap dan bertolak ke pangkalan bomba berkenaan dari Pendang, Kedah.

Ibunya, Noor Shahirah Mohd Fuzi,27, berkata, anak sulungnya disahkan menghidap kanser otak pada September 2020.

“Dia (Nurul Umairah) yang lebih teruja apabila dapat tahu Persatuan Sahabat Kanak Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN) akan menunaikan impiannya hari ini.

“Saya sendiri berasa amat positif melihat dia gembira kerana hasratnya untuk menaiki jentera bomba selama ini tercapai,” katanya.

Selain Nurul Umairah, lawatan terbabit turut disertai seorang lagi pesakit kanser tulang tahap akhir, Muhamad Firas Haziq Samsol, 9, dan pesakit leukemia, Muhamad Yazeed Hafiy Muhamad Yamin,15.

Sementara itu, Penguasa Kanan Bomba II Pangkalan Udara Wilayah Utara, Muhammad Fisol Rosli berkata, program seumpama ini dijalankan buat kali pertama menerusi slot khas.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI