fbpx

K2

Songkok bulu burung cenderawasih hadiah Siam buat Sultan Kedah jadi tarikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Songkok berhias bulu burung cenderawasih milik Sultan Abdul Hamid yang terdapat di Muzium Diraja Kedah.

Muzium bersejarah di Alor Setar yang pernah menjadi pusat pemerintahan Kedah selama 288 tahun itu tidak lekang daripada kunjungan pengunjung dari dalam dan luar negara.

Menurut seorang pengawalnya, Aminah Hussain, 63, kebanyakan pengunjung dari Thailand datang untuk melihat songkok berhias bulu burung cenderawasih milik Sultan Kedah ke-26, Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Songkok berkenaan bersama persalinan serta pedang merupakan salah satu anugerah daripada Raja Thailand, Raja Chulalongkorn kepada baginda ketika menerima Darjah Kebesaran Gajah Putih Kelas Pertama pada 1895.

Katanya lagi, anugerah tersebut didatangi bersama gelaran Chao Phya Saiburi dan gelaran tambahan, Phya Riddisongkram Ramabhakti.

“Kedah merupakan negeri di bawah lindungan Siam pada tahun-tahun akhir abad ke-19. Oleh itu, masyarakat Thailand berasa dekat dengan Kesultanan Kedah.

“Ramai juga pengunjung dari Thailand mahu melihat sendiri songkok berhias bulu burung cenderawasih yang sangat sukar ditemui,” terangnya kepada K2 ketika ditemui di muzium berkenaan yang menyimpan hampir 500 koleksi peribadi Kesultanan Kedah.

Ruang ini dijadikan bilik beradu untuk pasangan pengantin diraja dan dipamerkan di Muzium Diraja Kedah.

Berdasarkan catatan sejarah, Muzium Diraja Kedah pada asalnya merupakan Istana Kota Setar yang dibina oleh Sultan Kedah ke-19, Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah II pada tahun 1735.

Istana yang diperbuat daripada kayu tersebut pernah beberapa kali mengalami kerosakan akibat serangan tentera Bugis pada 1770 dan tentera Siam pada tahun 1821.

Bangunan yang terbiar selepas pendudukan tentera Siam selama 21 tahun diubah suai oleh Sultan Kedah ke-24, Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah pada 1856.

Pada ketika itu, istana dibina semula mengikut reka bentuk asal dengan menggunakan putih telur dan madu lebah sebagai pengikat batu.

Teknik pembuatan itu membuatkan Istana Setar menjadi seni bina pertama di Kedah yang memiliki pengaruh Melayu, Siam dan Barat.

Artikel ini merupakan artikel rencana. Sila dapatkan artikel penuh di https://www.kosmo.com.my/2023/11/02/songkok-bulu-cenderawasih-hadiah-siam-buat-sultan-kedah-jadi-tarikan/

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI