fbpx

Lima lelaki jual air ketum di Kampung Orang Asli ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air ketum yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Orang Asli Pos Pantos di Lipis hari ini.

LIPIS – Tindakan sekumpulan lelaki memproses dan menjual air ketum di perkampungan Orang Asli gagal mengaburi pihak polis yang melakukan serbuan ke sebuah rumah di Kampung Orang Asli Pos Pantos di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 1.30 pagi itu polis berjaya menahan lima lelaki yang berada di belakang sebuah rumah di kampung berkenaan.

“Polis menemukan 382 bungkusan plastik cerah yang di dalamnya mengandungi cecair kehijauan disyaki air ketu sebanyak 382 liter bersama peralatan memasak seperti tong gas, periuk dan dapur dengan nilai rampasan RM3,820.

“Kesemua suspek berusia 25 hingga 35 tahun ditahan dan disiasat mengikut Seksyes 30 (3) AR 1952,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azli, berdasarkan siasatan awal mendapati suspek telah melakukan aktiviti memproses air ketum hampir tiga bulan lalu dengan menjual di sekitar perkampungan Orang Asli.

Katanya, siasatan juga mendapati bekalan ketum berkenaan diperoleh daripada seorang pembekal dari Perak sebelum di proses di Kampung Orang Asli Pos Pantos.

“Siasatan awal mendapati subjek mengakui bekalan daun ketum diperolehi dari seorang lelaki Orang Asli dikenali dengan nama ‘Bos’ yang tinggal Chenderong Balai di Perak.

“Kali terakhir suspek mengambil bekalan daun ketum adalah pada 1 Seaptember lalu sebanyak 10 kilogram,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI