PETALING JAYA – Seorang guru wanita dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di sebuah sekolah rendah di Putrajaya, sudah ditemui semula dan dalam keadaan selamat.
Perkara tersebut dimaklumkan suaminya, Mohd Khairul Sabli berhubung penemuan Hanisah Kusnan, 38, yang kini berada di rumah abang iparnya.
“Salam….dapat maklumat (Hanisah) ada dekat rumah abang dia. Dia selamat ditemui,” katanya ketika dihubungi Kosmo!
Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang guru wanita yang mengalami kemurungan dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di sebuah sekolah rendah di Putrajaya, semalam.
Pada pagi hari kejadian, Hanisah mempunyai temu janji untuk merawat masalah kemurungan dihadapinya di Hospital Ampang.
Perkara tersebut disedari suaminya apabila mesej di WhatsApp tidak dibaca dan mendapat maklumat bahawa Hanisah mengambil cuti kecemasan tanpa pengetahuannya. – KOSMO! ONLINE.