fbpx

Kerana wanita, pemuda ditikam sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Polis mengesahkan seorang lelaki yang ditemui mati berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman di badan dalam kejadian di Jalan Sutera, Taman Pelangi, di sini Jumaat lalu dibunuh berpunca cemburu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam kejadian 3.41 pagi itu, mangsa yang juga lelaki tempatan berusia 25 tahun itu terlibat dengan pergaduhan dengan seorang lelaki warga asing disebabkan wanita.

Katanya, akibat daripada pergaduhan itu, mangsa telah ditikam dengan senjata tajam yang digunakan suspek berusia 26 tahun itu berulang kali sehingga menyebabkan kematian.

“Ekoran kejadian tersebut, pihak polis berjaya menahan lelaki terbabit bersama seorang rakan lelaki yang juga warga asing berusia 29 tahun dan seorang wanita tempatan berusia 33 tahun di sekitar Johor Bahru.

“Punca pergaduhan adalah dipercayai bermotifkan cemburu. Wanita itu dijadikan saksi kejadian bagi membolehkan suspek itu dituduh di mahkamah, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam kes berasingan, Kamarul Zaman berkata, polis berjaya menyelesaikan satu lagi kes bunuh membabitkan seorang lelaki warganegara Yaman berusia 28 tahun di sebuah restoran di Jalan Dato Abdullah Tahir, di sini minggu lalu.

Katanya, dalam kejadian pukul 12.40 tengah malam itu, mangsa dipercayai terlibat pergaduhan dengan suspek yang juga merupakan warganegara Yaman.

Tambahnya, pergaduhan itu menyebabkan mangsa ditemui mati dengan kesan tikaman di badannya.

“Ekoran daripada kejadian tersebut, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 37 tahun di tempat kejadian.

“Hasil soal siasat mendapati punca pergaduhan adalah disebabkan dendam yang berterusan semasa kedua-duanya berada di negara asal mereka dan kes turut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI