fbpx

Semangat badang negara melonjak selepas disenarai RTG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANIQ menepati kriteria kelayakan untuk memasuki senarai RTG iaitu berada dalam kedudukan 10 terbaik ranking Olimpik.

PENGUMUMAN Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan meletakkan badang negara, Mohamad Aniq Kasdan dalam program Road to Gold (RTG) dilihat satu pilihan tepat dalam memangkin semangat badang negara untuk ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Kelmarin, pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu menjadi atlet terbaharu disenaraikan dalam program itu selepas menepati kriteria kelayakan untuk memasuki RTG iaitu berada dalam kedudukan 10 terbaik ranking Olimpik.

Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat berkata, pengumuman itu memberi nilai tambah kepada atletnya untuk sentiasa meningkatkan prestasi semasa untuk layak ke Sukan Olimpik.

Tegas Ayub, kedudukan ran­king dunia angkat berat sentiasa berubah dan perlu penyertaan kejohanan bagi membolehkan kedudukan dapat ditingkatkan.

“Berbaki lagi tiga kejohanan kelayakan Olimpik iaitu Kejohanan IWF Grand Prix 2 (4-14 Di­sember 2023), Qatar, Kejohanan Angkat Berat Asia di Uzbekistan (3-10 Februari 2024) dan Kejohanan Angkat Berat Dunia di Phuket, Thailand (2-12 April 2024) dan semuanya akan menentukan ranking atlet angkat berat.

“PABM menyasarkan atlet ini berupaya untuk mengangkat bebanan 300 kilogram keseluruhan dalam disiplin snatch dan clean & jerk pada Kejohanan IWF Grandprix 2, Qatar.

“Di samping itu, seorang lagi atlet negara, Muhamad Aznil Bidin akan terus bersaing untuk mendapatkan kedudukan terbaik dalam kejohanan tersebut,” kata Ayub semalam.

Dalam perkembangan lain, Ayub memaklumkan Mesyuarat EXCO PABM turut menerima rayuan secara bersyarat terhadap dua negeri yang digantung disebabkan isu doping sebelum ini.

“Mesyuarat mengambil keputusan menerima rayuan secara bersyarat terhadap dua negeri yang digantung disebabkan isu doping dan dibenarkan menyertai Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024.

“Penggantungan atlet angkat berat Perlis dikekalkan iaitu sehingga 31 Mei 2024, manakala penggantungan atlet Terengganu adalah sehingga 30 Jun 2024. PABM akan mengenakan tindakan tegas sekiranya berlakunya kes berulang sebelum/semasa atau selepas Sukan Malaysia XXI, 2024, Sarawak.
“Kedua-dua negeri berada dalam pantauan doping oleh Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS),” kata Ayub.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI