fbpx

Kulit bertukar oren kerana banyak makan lobak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KULIT seorang wanita menjadi oren kerana terlalu banyak makan lobak merah di China baru-baru ini. - Foto MSNews

BEIJING  – Kulit seorang wanita di China bertukar menjadi warna oren selepas dia makan sehingga 500 gram lobak merah selama tiga bulan, lapor laman berita MSNews semalam.

Bermula Julai lalu, wanita tersebut makan sayur-sayuran rendah kalori dan bukannya makanan biasa. 

Dia  juga mendakwa makan sekitar 200 gram hingga 500 gram lobak merah setiap hari.

Sekitar cuti Hari Kebangsaan China pada 1 Oktober lalu, dia melihat ke cermin dan terkejut apabila mendapati wajahnya bertukar menjadi warna jingga.

Selepas bertemu doktor, dia diberitahu bahawa pengambilan lobak merah secara berlebihan adalah punca di sebalik perubahan warna kulitnya itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI