fbpx

PM Malaysia – Belanda bertemu bincang isu serantau, antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) ketika mengadakan pertemuan bersama Rutte di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya hari ini.

PETALING JAYA – Isu-isu serantau dan antarabangsa adalah antara yang dibincangkan ketika pertemuan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawat dari Belanda, Mark Rutte di Putrajaya, hari ini.

Anwar berkata, pertemuan berkenaan penting bagi mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Belanda.

“Platform ini termasuk pertemuan empat mata, adalah penting bagi mengadakan perbincangan dan mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Belanda.

“Sayugia, kunjungan ini juga membolehkan kami bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa demi kepentingan bersama,” katanya.

Antara isu terkait menurut beliau adalah industri kelapa sawit, kerjasama digital, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi semi-konduktor.

“Yang pastinya banyak untuk dikongsikan antara kedua-dua negara.

“Moga hubungan Malaysia – Belanda akan terus bertambah baik dan kukuh pada masa hadapan, insya-Allah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu media melaporkan, Rutte tiba di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, hari ini bagi lawatan kerja dua hari ke Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI