fbpx

Bayi 12 bulan alami pendarahan kepala selepas dihantar ke taska

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA dilaporkan tidak sedarkan diri selepas dihantar ke sebuah taska di Taman Pertam Jaya, Semabok, Melaka. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

MELAKA – Seorang bayi lelaki berusia setahun tidak sedarkan diri selepas dihantar ke sebuah taska di Taman Pertam Jaya, Semabok di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa bayi itu yang berusia 30 tahun pada pukul 12.31 tengah hari.

Bapa mangsa dimaklumkan mengenai keadaan anaknya yang tidak sedarkan diri semasa hendak dipakaikan baju pada pukul 9.30 pagi oleh pemilik taska berkenaan.

“Bimbang dengan keadaan anaknya, lelaki itu pergi ke taska dan membawanya ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan. Mangsa kini ditahan di wad kerana mengalami pendarahan di kepala,” katanya hari ini.

Bayi lelaki itu sebelum ini pernah mengalami kecederaan lebam pada pipi kanan dan dahi sebelah kiri selepas dihantar je pusat jagaan sama.

Jelasnya, kejadian itu berlaku pada 27 Oktober lalu dan pihak taska memaklumkan bayi tersebut terjatuh dari kerusi anjal.

“Ibu bayi itu menghubungi pihak taska dan dimaklumkan kecederaan tersebut berlaku akibat terjatuh dan terlanggar kerusi kerusi bouncer yang menyebabkan lebam pada pipi kanan dan dahi sebelah kiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI