fbpx

Konflik Palestin-Israel: PBB, segera bertindak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA kanak-kanak berdiri di tengah-tengah runtuhan bangunan yang dibom di Rafah, 31 Oktober lalu. - AFP

BANDAR RAYA NEW YORK – Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  bagi Pelarian, Filipo Grandi merayu kepada anggota Majlis Keselamatan agar menuntut gencatan senjata di Gaza berikutan situasi konflik tersebut yang dilihat semakin meningkat, lapor akhbar Arab News kelmarin.

Beliau memberitahu Majlis Keselamatan PBB bahawa seluruh dunia kini sedang menunggu badan paling berkuasa itu untuk bertindak dalam perang di Gaza.

Grandi turut meluahkan rasa kesal kerana peraturan asas perang telah diabaikan dan kini, ia seolah-olah menjadi perkara biasa.

Katanya, dua juta penduduk Gaza dengan separuh daripadanya ialah kanak-kanak, kini menempuhi hidup seperti ‘neraka dunia’. 

“Gencatan senjata kemanusiaan sekurang-kurangnya dapat menghentikan peningkatan kematian ini. Dunia sedang menunggu anda (PBB) untuk bertindak demikian.

“Tidak akan ada keamanan di rantau ini dan di dunia tanpa penyelesaian yang adil kepada konflik Israel dengan Palestin, termasuk penamatan penjajahan Israel,” ujar Grandi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI